 
Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan 
menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam,
 sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki 
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, 
Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah 
perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak 
dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Kepada anda yang pernah belajar tentang sejarah dunia, tentunya 
mengenali tokoh ini. Dikenali sebagai ‘Bapa Pemodenan Turki’ daripada 
prespektif Barat, beliau sebenarnya adalah tokoh yang meng’sekular’kan 
dan ‘membunuh’ syiar Islam di Turki. Siapa lagi jika bukan Mastafa Kamal
 (Kemal) Atatürk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). 
Perkataan Atatürk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang 
bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H 
(1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek 
yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama
 Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang 
mengatakan beliau ialah bapa tiri Atatürk dan bukan bapa kandungnya.
Ada juga yang mengatakan Atatürk oleh Guru matematiknya yang bernama 
Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Atatürk iaitu sebuah sekolah 
menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan
 Atatürk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Atatürk dalam bukunya yang 
berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah 
menulis:
‘Sesungguhnya Atatürk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya 
adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri 
daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 
1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. 
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam 
bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian
 daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan 
Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi 
secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah 
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi 
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), 
beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan 
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah 
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Atatürk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan 
agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau 
telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan 
pemikiran dunia Islam.
Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum 
(Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan 
Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan 
Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku 
besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga 
bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu 
penghalang kepada pengerakan Atatürk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama 
apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. 
Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di 
Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera 
British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, 
Atatürk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada 
tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah 
kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya 
reputasi Atatürk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana 
peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu 
berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang
 kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan 
dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris 
secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai 
Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Atatürk telah mengetuai satu 
pasukan tentera di Palestin.
Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan 
Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke 
sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia 
mengadu jatuh sakit dan telantar di Kem Nablus. Tindakannya itu telah 
menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa 
pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah 
mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris 
sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah 
Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris 
meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan 
kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula 
huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 
1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang
 sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa 
Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi 
orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai 
tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kini kian terserlah di mata orang
 ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada 
waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu 
untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut 
ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini 
terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan
 oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila 
tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di 
jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian 
dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita 
Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam
 tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di 
perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu 
Atatürk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan 
memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Atatürk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang
 genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk 
mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba 
memujuk Atatürk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan 
telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di anadul sehingga 
kemerdekaan dapat dicapai.”
Atatürk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris
 dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila 
gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan 
pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan 
selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak 
Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh 
menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa 
Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor 
sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api 
peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara 
kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya 
dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula 
memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa 
Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang 
islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi 
aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui 
sebuah qasidah yang mengumpamakan Atatürk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak 
tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran 
Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari
 negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan
 Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah 
agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah 
suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan 
seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira 
tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa 
Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan 
mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan 
tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris 
inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi 
menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh 
Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya 
apabila Atatürk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli 
Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika 
itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan 
Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah 
dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan 
spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. Syeikhul Islam, Mustafa sabri
 selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali 
Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan 
Khalifah dang mengulingkan baginda.
 Kolonel Mustafa Kamal (4 dari kiri)
 bersama pegai-pegawai kumpulan Anafarta, semasa mengetuai kumpulan itu 
pada Ogos 1915 di Gallipoli.
Kolonel Mustafa Kamal (4 dari kiri)
 bersama pegai-pegawai kumpulan Anafarta, semasa mengetuai kumpulan itu 
pada Ogos 1915 di Gallipoli. 
Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Atatürk pada pandangan orang 
islam. Atatürk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya 
bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi
 peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris 
sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila 
Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Atatürk, mereka 
melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu 
mereka pun ke luar dari negara kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak 
dalam urutan strategi yang didokong oleh Atatürk demi untuk memisahkan 
agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam
 daripada aspek kehidupan.
Atatürk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian 
fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah 
berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya 
Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid 
Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah 
gedung. Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan
 perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti 
hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya 
kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Atatürk ini nyata sekali telah memisahkan 
budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu 
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam 
sebagi agama rasmi negara Turki. Atatürk berusaha dan berkerja keras 
untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, 
menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. 
Atatürk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H 
(1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia 
pada tahun 1357H (1938M).
Dasar-Dasar Sekular Semasa Pemerintahan
Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 
Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat). 
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri 
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di 
Ankara. 
Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.” 
Menggalakkan minum arak secara terbuka. 
Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 
Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 
Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. 
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di 
seluruh bandar Turki. 
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan 
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan 
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 
Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 
Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. 
Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 
Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 
Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 
Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 
Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila
 salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”
 oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan”
 beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar 
itu. 
Kematian Kamal Attaturk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada 
beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan 
dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 
Sakit jantung. 
Penyakit darah tinggi. 
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. 
 Mustafa Kamal Atatürk – Kematianya amat menyeksakan
Mustafa Kamal Atatürk – Kematianya amat menyeksakan 
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
 dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha Suci Allah, buat macam 
mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan 
kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana 
mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang 
bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan 
diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu 
Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau 
pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu 
tetapi beliau hilang ingatan.
 EtnaGrafi – Muzium tempat persemadian Mustafa Kamal Atatürk
EtnaGrafi – Muzium tempat persemadian Mustafa Kamal Atatürk 
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan 
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun 
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya 
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang 
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan 
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan 
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak 
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana 
tanah tidak menerimanya).
 Kerana tidak diterima tanah, mayatnya ditanam di dalam batu mar-mar.
Kerana tidak diterima tanah, mayatnya ditanam di dalam batu mar-mar. 
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke 
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 
15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam 
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis 
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan 
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
 yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atatürk telah 
mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak 
menerima Kamal Atatürk.